Alhamdulillah... setelah bertungkus lumus dengan dibantu sahabat-sahabat dari AJK,YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, muslimin & muslimat.
Alhamdulillah... setelah bertungkus lumus dengan dibantu sahabat-sahabat dari AJK,YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, muslimin & muslimat. Akhirnya hasrat untuk melihat sebuah Sekolah Rendah Islam berteraskan kepada Tahfiz Profesional hampir berjaya direalisasikan.
Peringkat awal perbincangan bermula tahun 2013, dengan cetusan idea dari Ustaz Ruhazan bin Yusof (Ajang Mry) bersama team yang beliau bentuk termasuk Muallim Tarmizi Yahaya, begitu juga cadangan dari ibubapa Pra Tahfiz Pasti Ilmi Kempadang. Ustaz Ajang akhir membawa idea tersebut ke IM hingga tertubuhnya SRITIZM.
Beberapa pertemuan dan perbincangan peringkat awal dibuat dengan sokongan penuh dari YB Ustaz Rosli yang ingin melihat sebuah pusat pendidikan Islam peringkat Sekolah Rendah ditubuhkan di peringkat Dun Tanjung Lumpur dan peringkat PAS kawasan Kuantan.
Alhamdulillah... peringkat awal pihak AJK mensasarkan dana penubuhan hanya sekitar RM50K sahaja, beberapa team ditubuhkan untuk melancarkan gerak kerja. Di antaranya ialah Team Cyber, Team Outdoor dan Team Dana yang menjalankan gerak kerja dan bidang tugas masing-masing dengan jayanya.
Sasaran RM50K berjaya dicapai selepas beberapa bulan gerak kerja dilakukan. Ada yang memberi sumbangan infaq dalam bentuk kewangan tetapi dikhaskan kepada item tertentu seperti, set kerusi meja hampir 10k, kesemuanya kutipan sumbangan waqaf. Karpet yang disumbangkan secara waqaf, cat, dan banyak lagi yang tak mampu ana sebut di sini.
Sumbangan yang diberikan AJK telah melaksanakan dengan cara yang terbaik, setiap sen duit sumbngan diaudit dan setiap pembelian ada dibuktikan dengan resit. Laporan terkini menunjukkan hampir RM70K sudah dibelanjakan merangkumi dewan solat, kelas, penghawa dingin, pendawaian eletrik, cat, pagar, perabut pejabat/bilik guru/bilik mudir dan banyak lagi yang tak sempat ana catitkan satu persatu di sini.
Sehingga hari ini sumbangan masih lagi mengalir ke akaun SRITIF, hampir 20K masih diperlukan untuk menyiapkan DEWAN MAKAN yang masih dalam proses pembinaan.
Kami terus bergerak... terus menapak ke hadapan... walau ada yang memandang sinis, mengkritik dan sebagainya... jenguklah dulu... lihat lah dulu...
Kenapa kami pihak pengurusan membuat begini... begitu... semuanya bersebab dan mempunyai alasan-alasan yang tak mampu dijelaskan di sini. Kami SRITIF baru bertatih, masih panjang lagi perjalanan kami InsyaAllah. Usaha Ana dan sahabat AJK untuk memartabatkan bidang pendidikan islam akan diteruskan sehingga nafas yang terakhir.
Selepas ini... usaha pencarian sebidang TANAH, membina bangunan kekal dan segala infrastruktur lengkap akan diteruskan.
Doakan Ana dan sahabat-sahabat terus diberikan semangat, doakan Ana dan sahabat-sahabat terus istiqamah. Tiada yang lebih membahagiakan diri ini apabila melihat anak-anak generasi kita diasuh dengan landasan Al Quran & Al Hadis.
Barakallahufiikum... kepada semua penyumbang, semua pengwaqaf, semua yang menyumbang tenaga. InsyaAllah di Akhirat adalah tempat rehat kita yang abadi.
SRITIF FOR ALL
Assalamualaikum.
COMMENTS