SRITIF pada tarikh 5/10/2017 telah menggunakan domain premium (berbayar) dengan nama url http://www.sritif.com tampak lebih profesional dan berintegrasi
Sebelum ini SRITIF menggunakan domain percuma dari blogspot dengan nama https://sritif.blogspot.my, kini dalam usaha lebih serius dalam penubuhan SRITIF seiring dengan perkembangan teknologi terkini, SRITIF pada tarikh 5/10/2017 telah menggunakan domain premium (berbayar) dengan nama url http://www.sritif.com tampak lebih profesional dan berintegrasi dalam bersaing meningkatkan perkembangan sekolah rendah islam berteraskan Tahfiz dan Akademik.
Sejarah awal terbinanya Laman Web Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Al-Furqan (SRITIF) ini bermula dari cetusan idea Pengerusi SRITIF iaitu Ustaz Fauzi bin Yop dan Guru Besar SRITIF iaitu Ustaz Sayed Muhammad Taqiyuddin bin Sayed Abd Azam yang ingin melihat satu kelainan dalam menyampaikan info dan isu semasa mengenai SRITIF untuk masyarakat setempat.
Apa yang menariknya, SRITIF merupakan sekolah rendah tahfiz daerah Kuantan yang pertama memiliki laman webnya sendiri, yang diurus secara profesional dan sistematik walaupun baharu sahaja ditubuhkan. Insya Allah ia akan menjadi model kepada sekolah rendah islam tahfiz yang lain di Kuantan ini.
TUJUAN MEWUJUDKAN LAMAN WEB SRITIF:
1. Tujuan utama laman web SRITIF dibina adalah untuk memberi info maklumat terkini mengenai pelbagai isu dan info serta yang berkaitan dengan perkembangan SRITI seluruh daerah Kuantan, Pahang dan Malaysia amnya dengan mudah, tepat dan pantas.
2. Sebagai bukti segala kerja atau perkembangan dari mula tertubuhnya SRITIF hingga sekarang.
3. Ia juga bertindak sebagai arkib simpanan segala program dan aktiviti (gambar dan video) yang dilakukan oleh pihak SRITIF sebagai rujukan kepada semua ibu bapa, penjaga dan masyarakat amnya.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Ikhlas dari kami:
TEAM CYBER SRITIF
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Ikhlas dari kami:
TEAM CYBER SRITIF
COMMENTS